Ihsan daripada : WIRDA Selangor (Women's Institute of Research, Development and Advancement)
19 December 08KEMPEN KESEDARAN OSCC
“NGO wanita seluruh Negeri Selangor harus tampil kedepan dan memainkan peranan untuk membantu dan memperkasakan wanita yang teraniaya, samada mangsa rogol, mangsa penderaaan rumahtangga atau pun mangsa gangguan seksual di mana sahaja..”. Demikian antara ucapan ringkas yang diberikan oleh YB Puan Rodziah Ismail, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri Selangor, dalam program pelancaran kempen kesedaran OSCC (One Stop Crisis Centre).
Pelancaran ini yang diadakan pada 19 hb Disember 2008 di Stadium Shah Alam bertujuan memberi nafas baru untuk menyusun dan menggerakkan semula Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC – One Stop Crisis Centre) di Negeri Selangor.
Seramai lebih 100 orang wanita telah hadir. Antara yang hadir terdiri dari wakil beberapa badan bukan kerajaan (NGO) , WIRDA Selangor, Wanita JIM, Pertubuhan Mawaddah Malaysia, Muslim Women Union, Persatuan Peguam Wanita, Challenges (1st Cross disabilities national magazine), Association of Women with Disabilities, Persatuan Ibu Tunggal Selangor, ACT (Aksi Cepat Tanggap Malaysia), wakil dari MAIS dan beberapa ADUN.
Sebaik sahaja selesai pelancaran OSCC, poster-poster, pamplet dan kalendar di agihkan kepada semua wakil NGO yang hadir. YB menggesa agar kempen bermula pada hari tersebut.
Ramai wanita tidak tahu tentang kewujudan OSCC. NGO Wanita harus berganding bahu dengan pihak pihak berwajib untuk menolong wanita melalui kempen kesedaran dalam isu isu rogol, keganasana rumahtangga, gangguan seksual dan dan literasi undang undang.
Dengan kesedaran dan ilmu wanita akan terbela dan mampu memperkasa diri mereka. Maruah terbela, diri diperkasa, menjadi warganegara produktif untuk negeri yang maju bertuah.
YB Rodziah memberikan taklimat OSCC dan seterusnya melancarkan kempen kesedaran dan fungsi OSCC .
Beberapa NGO bergambar bersama YB.
Dari Kiri duduk;
YB Gan Pei Nei, YB Rodziah, Bathmavathi (Pres. AWWDM), Dr Robiah K Hamzah (MWU), dan berdiri dari kanan Puan Jeriah Manap (KW JIM A/Jaya), Wakil Mawaddah, Cik Afzan dan Puan Ir Endok Sempo (WIRDA) dan beberapa wakil peguam dan ibu tunggal.
YB beramah mesra dengan beberapa wakil persatuan Ibu Tunggal
Ir Endok Sempo (WIRDA) dan Bathmavathi (AWWDM)
Cik Afzan (WIRDA) dan Datin Noraini Mat Top (Presiden Mawaddah)